Daycare Worker (Pengasuh Taska) PLAYSCHOOL S.ALAM
BR PLAYSKOOL CHILD CARE CENTREAnda suka menjaga bayi dan/atau kanak-kanak umur 6 tahun dan ke bawah?
Ingin menimba pengalaman dan mengembangkan peluang kerjaya di dalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak?
Kami mempelawa calon-calon yang berminat untuk SEGERA mengisi jawatan Pengasuh / Daycare Worker (Full-time & Part-time available) di Bungaraya Playschool Shah Alam (Seksyen 2).
-BIDANG TUGAS-
1. Bekerjasama dengan kakitangan untuk mengasuh dan menjaga disiplin kanak-kanak di Playschool/Nursery pada setiap masa dengan penuh kasih sayang.
2. Menyediakan makanan dan kelengkapan berkaitan untuk kanak-kanak di taska.
3. Menjalankan tugas-tugas kebersihan dan sanitasi secara rutin di Playschool/Nursery serta lain² tugas yang berkaitan.
4. Mengemas dan menyusunatur bahan-bahan pengajaran yang sesuai dengan umur kanak-kanak.
5. Memantau tahap kebersihan, mencegah penyakit, serta memberi perlindungan dan bantuan ketika kecemasan kepada kanak-kanak di Playschool/Nursery.
6. Membantu pemantauan dan mengambil bahagian dalam aktiviti riadah bersama kanak-kanak.
7. Bekerjasama dengan kakitangan lain dan ibu bapa / penjaga untuk membantu dalam perkembangan kanak-kanak
8. Mengambil bahagian dan menyumbang dalam mesyuarat kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, hari terbuka, pengedaran risalah dan lain-lain mesyuarat berkaitan.
9. Menjaga kerahsiaan perkembangan dan maklumat sulit setiap kanak-kanak.

我们不会对职位机会收取任何费用