Syarat Pekerjaan
Sepenuh Masa
Syarikat mempelawa belia untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai junior building specialist sebagai part time & kontrak bertapak di Kota Bharu, Kelantan.
Tentang Syarikat:
Syarikat merupakan kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan, penyelengaraan, baik pulih dan frabikasi berkaitan bangunan di pantai timur dan negeri lain di semenanjung Malaysia.
Antara pelanggan syarikat adalah kilang-kilang dan industri berat, ringan dan sederhana (SME) dimana mereka amat mementingkan disiplin dan etika ketika bekerja di tempat mereka.
Syarat Kelayakan:
1- Belia lelaki warganegara berumur tidak melebihi 30 tahun.
2- Memiliki kenderaan untuk ke pejabat di Jalan Bayam Kota Bharu.
3- Boleh bekerja di luar Kelantan (Outstation) untuk menyiapkan projek syarikat. – Keutamaan bujang dan boleh merantau.
4- Boleh bekerja di luar waktu mengikut kesesuaian operasi pelanggan seperti hujung minggu dan waktu malam.
5- Berpagi pagian, berdisiplin dan beretika.
6- Boleh menggunakan mesin-mesin mekanikal seperti grinder (canai), hacker, dan alatan pertukangan seperti trowel (sudu simen), alatan cat, dll.
7- Lasak & boleh bekerja di tempat tinggi (cth: bumbung, skylif) dan mencangkung (cth: render lantai simen).
8- Mempunyai pengalaman dalam kerja binaan amat dialukan.
9- Graduan TVET - Sijil IKBN, IKM dan lain-lain dalam pengkhususan kerja bangunan amat dialukan.
Kelebihan:
1- Insentif khas untuk kerja-kerja berkaitan
2- Elaun makan untuk kerja outstation
3- Pengalaman mengembara (1-2 minggu / projek)
4- Caruman EPF / SOCSO
5- Berpeluang diserap sebagai pekerja tetap.
Basic: RM 70 / hari (bayaran mingguan termasuk potongan KWSP & SOCSO)
Waktu bekerja: 8.30AM – 5.30AM