Live Host
Happy Five Shop Sdn. Bhd.TIKTOK & E-COMMERCE LIVE HOST
Kami dari Happy Five Shop Sdn. Bhd. merupakan Online Retailer yang menjual pelbagai produk yang berkaitan dengan Home & Living, beroperasi di Kuantan, Pahang.
Kami sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan Live Host bagi TikTok dan juga Shopee.
SKOP PEKERJAAN:
- Melakukan live streaming mengikut jadual yang ditetapkan.
- Berinteraksi dengan audiens dan membantu audiens membuat belian produk.
- Menghantar laporan live streaming setiap hari bekerja.
- Mempelajari teknik live streaming yang sesuai dengan kehendak pasaran dari masa ke semasa.
- Lain-lain tugasan yang berkaitan.
KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia diutamakan.
- Minimum pendidikan SPM atau setaraf.
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan English dengan baik.
- Berkeyakinan diri, petah bercakap dan berani di depan kamera.
- Boleh menerima teguran untuk penambahbaikkan.
- Berpengalaman menjadi live host sebelum ini diutamakan.
- Jujur, amanah dan bertanggungjawab.
- Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan.
FAEDAH PEKERJAAN:
- Gaji pokok
- Komisyen dari jualan
- Caruman KWSP, SOCSO, dll.
- Cuti tahunan
- Faedah perubatan
- Waktu bekerja 5 hari seminggu (9am - 5pm)

Kami tidak memungut biaya untuk tawaran pekerjaan